Wednesday, August 5, 2009

337 mati akibat selesema babi di Argentina

BUENOS AIRES 6 Ogos - Sebanyak 337 mati akibat selesema babi atau influenza A (H1N1) di Argentina, meningkat lebih sekali ganda dalam tempoh dua minggu.

Ini sekali gus mengesahkan Argentina sebagai negara yang mencatatkan kematian kedua tertinggi di dunia akibat wabak selesema tersebut selepas Amerika Syarikat (AS).

Timbalan Menteri Kesihatan Argentina, Maximo Diosque berkata, lebih 700,000 daripada 763,000 kes selesema yang dikesan di negara itu adalah selesema babi.

Walaupun jumlah kematian di negara itu hampir sama banyak dengan AS tetapi penduduk negara latin itu hanya kira-kira 40 juta berbanding AS sekitar 300 juta orang. - AFP

Thursday, July 9, 2009

Mansuh PPSMI perlu menyeluruh

KUALA LUMPUR 9 Julai - Pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tidak mencukupi setakat di sekolah rendah dan menengah tetapi perlu sehingga ke universiti.

Pengerusi Gerakan Memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (GMP), Datuk Dr. Hassan Ahmad berkata, pemansuhan PPSMI hanya di peringkat sekolah rendah hingga tingkatan lima akan menimbulkan masalah kepada pelajar apabila memasuki tingkatan enam, matrikulasi atau universiti pada masa depan.

Katanya, ini kerana tiba-tiba sahaja mereka terpaksa beralih menggunakan bahasa Inggeris.
''Bagi GMP, memansuhkan PPSMI bererti memansuhkan semuanya iaitu kembali sepenuhnya kepada dasar pembelajaran sebelum 2003 ketika Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Melayu dari tahun satu sampai tingkatan enam dan seterusnya ke universiti,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) di sini hari ini.

Turut hadir Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said selaku Penasihat GMP, Pengarah Eksekutif Yayasan Tamil Malaysia, C. M Elanttamial dan Naib Setiausaha Kanan Pusat Pembangunan Kebudayaan Bekas-Bekas Guru Cina Malaya (LLG), Goh Kean Seng.
Selain menuntut PPSMI dimansuhkan secara menyeluruh, Hassan berkata, GMP juga mahu agar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu, Tamil dan Cina dimulakan pada tahun depan bagi murid-murid tahun satu.

''Kita mahu pelajar yang baru masuk sekolah diajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu atau bahasa ibunda masing-masing mulai 2010 bukannya 2012,'' katanya.

Hassan berkata, mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil bagi tahun satu tidak menimbulkan masalah kerana Kementerian Pelajaran boleh menyediakan bahan-bahan bacaan dan buku teks dalam ketiga-tiga bahasa ini mulai sekarang.

Katanya, kementerian juga boleh menggunakan semula buku-buku teks lama yang ditulis dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil untuk mata pelajaran Sains dan Matematik sebelum 2003.
Beliau berkata, walaupun tidak berpuas hati sepenuhnya terhadap keputusan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, GMP tetap berterima kasih kepada kerajaan kerana bersetuju memansuhkan PPSMI.

Mengulas mengenai kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kecewa dengan keputusan itu, Hassan berkata, ia hak peribadi bekas Perdana Menteri itu untuk berasa begitu.
Bagaimanapun, katanya, GMP tidak sependapat dengan Dr. Mahathir kerana lebih mementingkan suara rakyat.

''Pemansuhan PPSMI kami anggap sebagai kejayaan tuntutan rakyat semua kaum dan kerana itu GMP akan mengadakan sambutan pemansuhan PPSMI pada pukul 9 malam, 19 Julai ini bertempat di Stadium Bandar Baru Bangi,'' katanya.

Sementara itu, A. Samad berkata, beliau mewakili golongan sasterawan negara berasa lega dengan keputusan Menteri Pelajaran memansuhkan PPSMI.

''Lega. Itu kata-kata yang saya gunakan apabila Menteri Pelajaran mengumumkan pemansuhan PPSMI

''Ada beberapa perkara yang saya fikir membuat saya lega. Antaranya, saya tidak perlu berada di mana-mana tempat untuk memperjelaskan isu ini.

''Kedua, saya fikir apa yang telah diperjelaskan agak mencukupi untuk setakat ini walaupun sebenarnya masih timbul pertanyaan lain mengenai dasar ini,'' katanya.

Wednesday, June 10, 2009

Menempatkan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan

APABILA Menteri Pelajaran Malaysia yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk memberi pandangan tentang cadangan mewajibkan pelajar lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris, ia secara langsung memberi mesej bahawa suara rakyat adalah diiktiraf.

Dalam dekad terakhir ini, kita hilang punca bagaimana untuk meletakkan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan kebangsaan. Kita sedar bahawa dunia hari ini menekankan kepentingan bahasa Inggeris. Ia menjadi medium komunikasi global dan juga medium bahasa kepada perolehan ilmu yang kaya di luar negara.

Justeru, meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan para pelajar amat relevan dititikberatkan. Kerajaan sebenarnya telah mengambil langkah yang mengejutkan menerusi dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Pendekatan formula ini tidak disenangi rakyat. Malah, ia dilihat menjadi ancaman kepada pelajar luar bandar dan juga memberi kesan negatif jangka panjang kepada pembentukan identiti nasional.

Umumnya, ada tiga aliran yang bersaing untuk meletakkan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan kebangsaan. Pertama adalah kumpulan yang meyakini bahawa bahasa Inggeris adalah satu mata pelajaran yang mempunyai taraf yang sama seperti mata pelajaran lain. Iaitu apabila pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dilakukan dengan efisien, para pelajar akan dapat menguasainya dengan baik. Justeru, golongan ini mencadangkan agar kualiti pendidikan guru ditingkatkan dan kaedah pengajaran diberi penekanan.

Kedua adalah golongan yang percaya bahawa bahasa Inggeris hendaklah menjadi medium harian. Oleh kerana bahasa Inggeris bukanlah bahasa komunikasi bagi majoriti masyarakat Malaysia, maka satu ruang komunikasi menggunakan bahasa ini hendaklah diwujudkan. Maka ia hendaklah dipraktikkan di sekolah. Hasilnya lahirlah cadangan seperti PPSMI.

Ketiga adalah menerusi pendekatan motivasi bagi penguasaan bahasa Inggeris. Lantas, lahirlah konsep "wajib lulus" bagi sesuatu mata pelajaran. Kaedah ini pernah dilakukan pada 1980-an iaitu para pelajar tingkatan tiga yang menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) diwajibkan lulus mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu bagi melayakkan mereka ke tingkatan empat. Para pelajar bertungkus-lumus memastikan mereka dapat melepasi dua mata pelajaran tersebut pada masa tersebut.

Persoalan yang timbul ialah aliran manakah yang paling berkesan untuk memastikan para pelajar menguasai bahasa Inggeris dengan baik? Atau wujudkah aliran pemikiran lain yang lebih logik, terbukti efisien, berpotensi diterima oleh rakyat dan juga mampu dilaksanakan?
Atas keadaan inilah, dalam soal pendidikan anak bangsa, lupakanlah seketika konflik dan polemik politik demi pencapaian kegemilangan pada masa depan.

MOHD. MAHZAN AWANGUniversiti Dundee, Scotland, UK

Tuesday, June 2, 2009

MANOHARA MAHU SERET SUAMI KE MAHKAMAH

Model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot akan mengheret suaminya,Tengku Temenggung Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra mahkamah atas tuduhan mendera, kata seorang peguam ibunya, Daisy Fajarina.Peguam Yuli Andre Darmas memberitahu akhbar Jawa Pos hari ini bahawa tindakan undang-undang pasti akan diambil terhadap suami Manohara itu.Bagaimanapun, beliau berkata, tindakan yang diambil perlu mengikut undang-undang dan pihaknya tidak akan tergesa-gesa untuk berbuat demikian.

Manohara dan keluarganya kini sedang mengumpulkan maklumat dan bukti terhadap dakwaan kekerasan rumahtangga yang didakwa mereka, kata Yuli dalam laporan akhbar harian terkenal Indonesia tersebut.Yuli juga berkata, Manohara akan menjalani pemeriksaan perubatan - termasuk kesihatan mental dan spiritual - dalam masa terdekat bagi mengukuhkan dakwaan mereka terhadap suaminya.

Peguam berkata, dalam masa satu atau dua hari ini, pihaknya akan berusaha menyiapkan dokumen-dokumen berkaitan."Selanjutnya kami ke Malaysia untuk melaporkan kasus (kes) ini dan diteruskan ke Kesultanan Kelantan," kataYuli. 'Akan ke Malaysia'Yuli berkata, pihaknya juga mempertimbangkan membuat aduan penderaan ke atas Manohara kepada Polis Antarangsa (Interpol) jika pihak berkuasa Indonesia tidak dapat menyiasat kes itu yang berlaku di luar republik tersebut.

"Yang penting, setiap jalan akan terus kami upayakan," katanya.Yuli juga berkata, pihaknya sentiasa bersiap-sedia sekiranya istana Kelantan berniat mencabar tindakan mereka itu.

"Memang dalilnya apa mereka mau menggugat balik? Ini bukan penculikan atau membawa kabur (lari) Manohara. "Saya tegaskan lagi, ini adalah kemahuan Manohara untuk berkumpul dengan keluarganya di Indonesia.

"Sebab, Manohara tidak tahan hidup dengan Fakhry dan keluarga kesultanan Kelantan," katanya dalam laporan akhbar Jawa Pos.

-di petik dari Malaysikini.

Thursday, April 30, 2009

Guru miliki gambar bogel minta dibicara

KUANTAN 30 April - Seorang guru sekolah rendah jenis kebangsaan Cina didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memiliki dua keping disket mengandungi gambar bogel wanita yang dikatakan mirip pelakon Linda Rafar, kira-kira lima tahun lalu.
Foo Tip Hin, 56, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan tersebut dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nordiana Abd. Aziz.
Tip Hin yang masih bujang didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah bernombor 16, Lorong Selamat 31, Jalan Teluk Sisek di sini, kira-kira pukul 5 petang pada 26 November 2004.
Kertas pertuduhan menyebut bahawa tertuduh didakwa memiliki dua keping disket bertajuk 'BW 1 dan Skandal Melayu LR' mengandungi gambar-gambar berunsur lucah pelakon berkenaan.
Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 5(1)(a) Akta Penapisan Filem 2002 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang berseluar panjang berwarna coklat dan berbaju T kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan.
Nordiana menetapkan 14 Mei ini bagi sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan dua orang penjamin.
Dalam rayuannya sebelum itu, tertuduh meminta mahkamah mengurangkan jumlah wang ikat jamin yang ditawarkan dengan alasan sebagai seorang penjawat awam, dia tidak berniat melarikan diri.
Menurut tertuduh, dia mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Melayu di sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di sini, dengan gaji bulanan sebanyak RM3,700.
Jelasnya, dia mempunyai seorang tanggungan iaitu ibunya manakala bapanya telah meninggal dunia.
Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa, Cif Inspektor Mohamed Zakaria.

Saturday, February 14, 2009

LUAHAN HATI SEORANG GURU

Aku seorang guru yang ditugaskan mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inglish. Kebanyakan anak-anak muridku bangsa Melayu tidak berminat dalam pelajaran tersebut. Apabila diajar dalam BI bertambah lagi mereka tidak berminat.

Tapi sebagai guru tugas aku mengajar maka aku terpaksa mengajar juga. Kalau engkar boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Suatu ketika dulu mereka kata antara sebab ramai graduan menganggur kerana lemah dalam BI. Tetapi sekarang setelah semua ITPA menggunakan BI adakah graduan kita mudah dapat kerja?. Jawabnya tidak juga. Berpuluh ribu graduan menganggur.

Jika BI diteruskan juga aku yakin keadaan semakin gawat. Anak-anak Melayu yang menjadi mangsa keegoan Pak Menteri.

Tapi siapa yang akan mendengar suara aku?.

Saturday, November 15, 2008

MUSIM CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah sudah pun bermula. Anak-anak aku gembira. Isteri aku pun gembira kerana dia guru. Tapi aku kurang gembira kerana terus bekerja macam biasa. Tapi seronok juga sebab anak-anak dan isteri aku balik bercuti di kampung. Aku tinggal sendirian di rumah. Jadi orang bujang trang tang.

Apa aku nak buat bila tinggal sendirian di rumah?. Balik kerja tak kan nak tengok tv sampai pagi. Maka aku pun membeli beberapa buah novel untuk aku baca. Tapi boring juga kalau membaca sepanjang malam. Maka aku beli beberapa vcd. selain menonton astro boleh juga tengok filem dari vcd.

lepas tu aku nak ke mana?. Cuti sampai penghujung Disember?.