Sunday, September 21, 2008

SETELAH ROBOH KOTA MELAKA



Setelah selesai membaca novel ini aku membandingkannya dengan keadaan politik tanah air kita sekarang. Sedang bergolak. Para pembesar berebut kuasa. Fitnah dan adu domba muncul di sana sini.

Apa yang berlaku sekarang hampir sama keadaannya dengan apa yang berlaku di kemuncak zaman keagungan kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511 dahulu. Apabila pemerintah berlaku zalim, para pembesar istana berebutkan kuasa, fitnah bermaharajalela maka rakyat pun tidak bersatu. Dengan ini musuh dari luar iaitu Portugis dapat menakluk Melaka.

Kesultanan Melayu Melaka yang telah berkuasa selama seratus tahun lebih dengan mudah dapat diruntuhkan oleh kuasa luar kerana ada rakyat yang jadi pembelot sanggup bersubahat dengan Portugis bagi menakluk Melaka.

Jika dibandingkan dengan keadaan sekarang, negara kita baru 51 tahun merdeka. Apakah sejarah akan berulang kembali?.

Membaca novel ini membantu kita menghayati sejarah Melaka pada zaman kegemilangannya membawa kepada zaman keruntuhannya. Walaupun novel ini ditulis dengan cara konvonsional tetapi ceritanya dapat diolah dengan baik dan memudahkan pembaca memahaminya.
Sebagai pembaca aku menghargai usaha penulis menulis novel sejarah yang begini tambahan pula belum ramai yang menulisnya.

Wednesday, September 17, 2008

YA ALLLAH SELAMATKAN NEGARAKU

Negaraku yang permai ini
akan huruhara sekiranya dipimpin oleh serigala
yang gila kuasa
negaraku yang indah ini
akan musnah sekiranya berlaku huruhara.

Kerana itu Ya Allah
selamatkan tanah air kami
jauhkan dari malapetaka dan huruhara

Ya Allah
berikanlah tampuk pemerintahan negara kami kepada
pemimpin yang baik, jujur dan amanah
yang dapat membawa kami ke jalan yang selamat
bukan pemimpin yang zalim
yang membawa kehancuran kepada negara kami.

Friday, September 12, 2008

corat coret puasa

Diam tak diam hari ini sudah 13 hari kita berpuasa. Rasanya sekejap saja sudah hampir pertengahan puasa. Tidak lama lagi terasalah suasana menyambut hari raya.

Dulu masa aku zaman kanak-kanak suka berpuasa kerana ayah akan beri upah seringgit satu hari. Kami adik beradik berebut-rebut nak puasa penuh supaya dapat RM30 atau RM29. Sekarang giliran aku pula mengajar anak-anak berpuasa dapat duit. Masing-masing pun nak berpuasa juga. Kasihan sebab yang perempuan gerenti tak dapat penuh puasanya.

Masa aku kecil2 dulu ibuku buat kuih untuk berbuka puasa. Tetapi sekarang isteri aku lebih suka beli di pasar ramadan sahaja. Tapi sesekali dia masak juga juadah untuk berbuka puasa kami.

Aku sebenarnya lebih suka kalau isteri aku masak sendiri dari beli di kedai. Sedap atau tak sedap isteri yang masak. Tapi nak buat macam mana sebab dia pun sibuk kerana berkerja. Balik pejabat tidak sempat masak sebab itu lebih suka beli di pasar Ramadan saja.

Sesekali fikir, alangkah eloknya kalau dapat isteri sepenuh masa hihihi. Bukan isteri separuh masa. sebab separuh masanya habis di tempat kerja. separuh masa lagi di rumah. Bukankah itu namanya isteri separuh masa? hihihihi.

Wednesday, September 3, 2008

SELAMAT BERPUASA

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA. PELUANG MEMBANYAKKAN AMAL IBADAT. BANYAKKAN MEMBACA AL QURAN, BERZIKIR DAN BERSEDEKAH. PADA MALAMNYA SEMBAHYANG TARAWIH.