Setelah selesai membaca novel ini aku membandingkannya dengan keadaan politik tanah air kita sekarang. Sedang bergolak. Para pembesar berebut kuasa. Fitnah dan adu domba muncul di sana sini.
Apa yang berlaku sekarang hampir sama keadaannya dengan apa yang berlaku di kemuncak zaman keagungan kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511 dahulu. Apabila pemerintah berlaku zalim, para pembesar istana berebutkan kuasa, fitnah bermaharajalela maka rakyat pun tidak bersatu. Dengan ini musuh dari luar iaitu Portugis dapat menakluk Melaka.
Kesultanan Melayu Melaka yang telah berkuasa selama seratus tahun lebih dengan mudah dapat diruntuhkan oleh kuasa luar kerana ada rakyat yang jadi pembelot sanggup bersubahat dengan Portugis bagi menakluk Melaka.
Jika dibandingkan dengan keadaan sekarang, negara kita baru 51 tahun merdeka. Apakah sejarah akan berulang kembali?.
Membaca novel ini membantu kita menghayati sejarah Melaka pada zaman kegemilangannya membawa kepada zaman keruntuhannya. Walaupun novel ini ditulis dengan cara konvonsional tetapi ceritanya dapat diolah dengan baik dan memudahkan pembaca memahaminya.

Sebagai pembaca aku menghargai usaha penulis menulis novel sejarah yang begini tambahan pula belum ramai yang menulisnya.
3 comments:
Tuan Walid,
Novel itu ditulis pada tahun 2007.
Walau apapun terserah kepada pembaca untuk mentafsirkannya.
sejarah telah membuktikan...selagi tak ambil islam sebagai perlembagaaan....
belum baca aku dah tahu buku ni tak sesedap sultan Muhamad Al Fateh...
Post a Comment