Wednesday, October 29, 2008

MURID MENENDANG GURU

Dulu zaman aku bersekolah cukup hormat dan takut kepada guru. Tidak berani membantah cakap guru. Bila berselisih jalan dengan guru tunduk hormat. Tetapi sekarang zaman telah berubah. Murid tidak takut lagi kepada guru yang mengajarnya. Bukan saja berani menulis perkataan "Gila babi" malah sanggup menendang guru tersebut.

Memanglah jarang berlaku kes murid menendang guru. Dan tidak ramai guru yang kena tendang oleh anak muridnya. Apabila ianya berlaku kedua pihak iaitu murid dan guru patut dipersalahkan. Kalau guru yang baik dan pandai mengambil hati anak murid, mustahil murid akan bersikap kurang ajar.

Aku menonton juga rakaman pelajar menendang guru itu yang disiarkan melalui tv. Aku tengok guru itupun garang juga walaupun dia perempuan. Kelihatan juga guru itu memukul pelajar tersebut.

Tindakan telah diambil terhadap pelajar yang menendang guru tersebut dengan menyingkirkannya dari sekolah. Apa pula tindakan terhadap guru tersebut?. Rasanya guru itu juga kena diambil tindakan sekurangnya menjalani kursus motivasi cara-cara menjadi guru yang baik.

Tuesday, October 7, 2008

RAMADAN BERLALU SYAWAL MENJELMA

Kita baru saja menjalani ibadat puasa di bulan Ramadan. Dan kita baru saja menyambut Hari Raya Aidilfitri. Seperti biasa apabila tiba hari raya kita menjamu selera dengan pelbagai makanan dan minuman. Perut yang kosong sepanjang bulan Ramadan kini penuh semula.

Seperti biasa juga bila menjelang Hari Raya, kita tidak kedekut memberi duit raya kepada ibu bapa dan kanak-kanak yang datang ke rumah. Terutama anak-anak sedara. Apa salahnya memberi duit raya setahun sekali. Itupun jumlahnya sikit saja. Cuba bayangkan kalau beri duit raya kepada anak sedara RM2 setahun. Kalau itu pun kedekut jawapnya memang orang kedekut.

Dulu ada cadangan seorang menteri kita tukar hidangan raya dengan buah-buahan. Satu cadangan yang bahalol. Tapi apa yang pasti kebanyakan kuih muih dibeli dikedai. Itu lebih mudah dari membuatnya sendiri. Malah lemang pun ramai yang membelinya tidak payah lagi dimasak.

Di Melaka sempadan Negeri Sembilan masih ramai yang membakar lemang walaupun ramai juga yang merebus ketupat atau nasi himpit saja. Kalau beli lemang yang dijual di tepi jalan pun kena berhati-hati juga kerana tidak sedap. khabarnya ada yang menipu, dia masak beras pulut dalam periuk kemudian dicurahkan ke dalam buluh lemang. Tambahan pula ramai penjual lemang sekarang orang seberang.

Di pendekkan cerita, setelah berhari raya di kampung, kini balik semula ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Ramai yang sudah pokai kerana duit banyak habis semasa menyambut hari raya.