Tuesday, October 7, 2008

RAMADAN BERLALU SYAWAL MENJELMA

Kita baru saja menjalani ibadat puasa di bulan Ramadan. Dan kita baru saja menyambut Hari Raya Aidilfitri. Seperti biasa apabila tiba hari raya kita menjamu selera dengan pelbagai makanan dan minuman. Perut yang kosong sepanjang bulan Ramadan kini penuh semula.

Seperti biasa juga bila menjelang Hari Raya, kita tidak kedekut memberi duit raya kepada ibu bapa dan kanak-kanak yang datang ke rumah. Terutama anak-anak sedara. Apa salahnya memberi duit raya setahun sekali. Itupun jumlahnya sikit saja. Cuba bayangkan kalau beri duit raya kepada anak sedara RM2 setahun. Kalau itu pun kedekut jawapnya memang orang kedekut.

Dulu ada cadangan seorang menteri kita tukar hidangan raya dengan buah-buahan. Satu cadangan yang bahalol. Tapi apa yang pasti kebanyakan kuih muih dibeli dikedai. Itu lebih mudah dari membuatnya sendiri. Malah lemang pun ramai yang membelinya tidak payah lagi dimasak.

Di Melaka sempadan Negeri Sembilan masih ramai yang membakar lemang walaupun ramai juga yang merebus ketupat atau nasi himpit saja. Kalau beli lemang yang dijual di tepi jalan pun kena berhati-hati juga kerana tidak sedap. khabarnya ada yang menipu, dia masak beras pulut dalam periuk kemudian dicurahkan ke dalam buluh lemang. Tambahan pula ramai penjual lemang sekarang orang seberang.

Di pendekkan cerita, setelah berhari raya di kampung, kini balik semula ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Ramai yang sudah pokai kerana duit banyak habis semasa menyambut hari raya.

1 comment:

ABDUL LATIP said...

Tuan Walid

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin.

Saya ada mengirim emel kepada saudara. Maafkan saya.