Saturday, February 14, 2009

LUAHAN HATI SEORANG GURU

Aku seorang guru yang ditugaskan mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inglish. Kebanyakan anak-anak muridku bangsa Melayu tidak berminat dalam pelajaran tersebut. Apabila diajar dalam BI bertambah lagi mereka tidak berminat.

Tapi sebagai guru tugas aku mengajar maka aku terpaksa mengajar juga. Kalau engkar boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Suatu ketika dulu mereka kata antara sebab ramai graduan menganggur kerana lemah dalam BI. Tetapi sekarang setelah semua ITPA menggunakan BI adakah graduan kita mudah dapat kerja?. Jawabnya tidak juga. Berpuluh ribu graduan menganggur.

Jika BI diteruskan juga aku yakin keadaan semakin gawat. Anak-anak Melayu yang menjadi mangsa keegoan Pak Menteri.

Tapi siapa yang akan mendengar suara aku?.

2 comments:

ABDUL LATIP said...

Assalamualaikum Walid,
Kenapa lama tak kemaskini blog?. Sebuk sangat ke?. Semoga Walid dan keluarga bahagia.

cia said...

DIANTARA GURU2 YG TELAH DI ZALIMI OLEH BN...UMNO..LU PIKIR LAH SENDIRIIII...

B.MELAYU DI BURITAN KASIHHH

DULU,,KINI DAN SELAMANYA...??????????????????

JGN bERPIMPINTANGAn DGN PAK MENTERI "CILAKE sial" itu.

ALLAH SWT MENDENGAR SUARA ENGKAU !!