Wednesday, October 29, 2008

MURID MENENDANG GURU

Dulu zaman aku bersekolah cukup hormat dan takut kepada guru. Tidak berani membantah cakap guru. Bila berselisih jalan dengan guru tunduk hormat. Tetapi sekarang zaman telah berubah. Murid tidak takut lagi kepada guru yang mengajarnya. Bukan saja berani menulis perkataan "Gila babi" malah sanggup menendang guru tersebut.

Memanglah jarang berlaku kes murid menendang guru. Dan tidak ramai guru yang kena tendang oleh anak muridnya. Apabila ianya berlaku kedua pihak iaitu murid dan guru patut dipersalahkan. Kalau guru yang baik dan pandai mengambil hati anak murid, mustahil murid akan bersikap kurang ajar.

Aku menonton juga rakaman pelajar menendang guru itu yang disiarkan melalui tv. Aku tengok guru itupun garang juga walaupun dia perempuan. Kelihatan juga guru itu memukul pelajar tersebut.

Tindakan telah diambil terhadap pelajar yang menendang guru tersebut dengan menyingkirkannya dari sekolah. Apa pula tindakan terhadap guru tersebut?. Rasanya guru itu juga kena diambil tindakan sekurangnya menjalani kursus motivasi cara-cara menjadi guru yang baik.

1 comment:

cia said...

kau guru b.english je...aku guru silat gayong je...nnt aku suruh anak aku belasah kauuuuu...

itu pon terpakse...krn BN.


kesian aku , bila aku tenung "luahan hatikau".......sbb menteri kita makan rasuah..dosa tak???????????